Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 26, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Hello readers..sumthing good to share with u ...for us to be thankful on what we have ....


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…… Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN …… Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…… MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Thursday, March 18, 2010

Put On a Bride Mode ....

Some of bride's preparation for the big day in the list :-

1. Mandi susu with Biotherm Lait Corporel Body Milk 6 months before
2. No makanan berlemak + berkarbohidrat tinggi
3. Control food intake with protein diet 2 months before.
4. Pay a visit to dentist.
5. Put on lip balm before you go to bed.
6. Reduce your coffee intake.
7. Do sit up
8. Search for a good MUA.
9.Go for SPA
10. Drink a lot of plain water at least 2 litre a day
11. Drink warm water with lemon juice after you wake up early morning.
12. Use loofah or sponge during shower
13. Apply lotion after shower
14. Use minyak zaitun for your shiny healthy hair
15. Do fast walk everyday
16. Have enough sleep
17. St. Ives for eyes
18. Eat carrot / papaya everyday
19. Put on masker once / twice a week

Woww.. banyaknye. These are some tips I've found while reading magazine about bride preparation. I just take it whichever I think I can do and stick to it. Tapi macam susah la jugak nak buatkan. Never mind...will try to practice as best I can do... Chaiyokkk!!

E-day Highlight ....


Sharing some beautiful moments and hantarans during my e-day.

Wednesday, March 17, 2010

Akhirnya Kursus Kahwin....

Right after I came back from my company trip I register for kursus kahwin. I didnt go with him since we are too far away. Plus, he already had his kursus kahwin mase I am on a trip to Makassar. Luckily my sisters tak kisah untuk pergi kursus kahwin awal. So, my 2 beloved sisters la yang menemankan I .

I dont know whether I should consider myself lucky or not sebab one of penceramah said circular to organize the kursus kahwin for 3 days 2 malam had been distributed. And that module requires participant to sit for a test. But this issues had been heard around for long already. Dunno whether its true or not. Whatever it is, Alhamdulillah my kursus kahwin has been completed.Oopss ..lupe plak. I pergi kursus kahwin at Pusat Kursus Perkahwinan Wanis kat Jalan TAR near Maju Junction mall.So for those yang duduk area near KL city center I think should consider this course center.

Banyak juga yang I belajar during the course sampai my sister ask me to note down. Hehe. Bagus btol adik I ni. Tapi sayangnye my note book tertinggal mase beli KFC kat Maju Junction. Hehe. Nasib baik my sister ade copy. Now tinggal nak collect cert saje .. Yeay!!

Kisah Jakarta Bandung dan Cincin Tunang ku...

Being so lucky sbb dpt join company trip for free to Jakarta and Bandung. It is really a shopping spree!! No good for me yang currently on a strict budget. Heh ! Tapi peluang nak ke sana and free plak tu bukannye selalu kan. So tanpa pikir panjang I just join them.

Mula-mula bajet bawak skit jer and niat nak beli telekung jer for my hantaran nanti tapi biler sampai sane lain plak yang jadi. Hehe. Jakarta and Bandung memang syurga shopping I would say ezpecially kain and telekung. Sangat murah compared to KL.Pilihan pun banyak yang cantik-cantik. Agenda for trip 4 hari 3 malam tu memang mainly just for shopping. Guess what? I bought kain for my baju nikah already. Unplanned shopping. No good. Hehe. Memang sungguh la lari bajet dah ni. Bak kate Pak Erwan tourist gudie kami lebih baik menyesal membeli daripada menyesal tak membeli. Funny coz it happen to me. Dalam kedaan strict bajet ni pun I bought 3 blouse for me, telekung, kain for kurung and kain for akad nikah attire. Hehe. Banyakkan. Mana boleh tahan tengok semua orang non-stop shopping. Itu pun I just make a rule each shopping mall I go, I can only bought 1 thing for me. Walaupun I tak dapat belikan semua orang ole-ole tapi at least I dapat belikan something for my family. Rase macam tak lengkap kalo tak belikan my famili buah tangan. Nasib baik beli sebab sampai jer I kat rumah which is about 1 o'clock in the morning they've been waiting for me.

However, bad news to share with. Diamond cincin tunang I jatuh while I'm arranged my bag masuk bas mase kat KLIA. Sedey rasernyer. Tapi apa boleh buatkan. Bende dah nak jadi. So I went to the Jewellery shop where I bought the ring. Cost for the same Diamond about 300++. Memang tak mampu la kan. So I decided to replace it with Zircon je. Nanti when projek nikah kahwin ni dah selesai boleh la I tukar balik with real diamond. Maybe I should use my Mas Kahwin kut. Hehe.....